Pages

Wednesday, June 18, 2014

Tutorial : Menjahit seluar panjang dari kain pelikat

Teks : Nik Nurul Hana binti Hanafi


Alhamdulillah, syukur dipanjatkan setiap hari atas rezeki dan nikmat yang Allah beri, dan syukur atas rezeki serta nikmat yang Dia tidak tarik dari kita. Maklumlah semua ini hanya pinjaman, kita sebagai hamba perlu selalu bersyukur dan memohon ampun dari-Nya.

Sedar tak sedar dah lebih seminggu saya bercuti di kampung halaman. Sempat juga membantu ibu mengemas barangan yang dihadiahkan kepada keluarga yang masih belum digunakan. Bila dikumpul-kumpul banyak juga. Saya lihat banyak kain pelikat yang dihadiahkan kepada ayah. Ini kelaziman bagi orang Kelantan jika ada keraian atau majlis tertentu, bagi lelaki diberi kain pelikat, yang perempuan diberi kain batik. Suami saya yang berasal dari Kedah, turut teruja mendapat banyak hadiah kain pelikat sewaktu kali pertama bertandang ke rumah saudara-mara saya di Kelantan selepas selesai majlis kenduri. Orang Kelantan namakan jemputan ini sebagai "Bertemu Menantu" bagi meraikan dan berkenalan dengan lebih dekat dengan menantu baru dalam keluarga. Setiap rumah saudara-mara yang dikunjungi pasti kami tidak pulang dengan tangan kosong. Hadiah paling banyak pastilah kain pasang dan kain pelikat. 

Usai membantu ibu mengemas, ibu memberi dua helai kain pelikat untuk suami. Salah satu corak kain pelikat memikat hati saya pula. Lantas saya mendapat idea untuk dijadikan seluar panjang untuk diri sendiri. 

Setelah diukur di atas kain secara melintang (iaitu lebar kain), sehelai kain pelikat dapat menghasilkan dua helai seluar panjang bagi yang berketinggian 158cm. Bagi yang lebih tinggi, disarankan mengukur mengikut panjang kain. Di bawah ini saya tunjukkan cara memotong dan menjahit seluar panjang dari kain pelikat.

Alatan yang diperlukan:
Sehelai kain pelikat
Benang 
Getah pinggang lebar 1 inci 
Sehelai seluar untuk dijadikan pola ukuran (optional)
Gunting
Pita ukur
Kapur penanda
Jarum peniti
Lain-lain alatan jahitan yang difikirkan perlu

















1. Kain diterbalikkan dan bahagian dalam kain dibentangkan di sebelah luar. Pastikan bahagian kain yang berjahit terletak di hujung kain seperti gambar di atas ini. Bahagian ini nanti akan dipotong.



























2. Saya mengambil ukuran berdasarkan seluar panjang sendiri dan ditekapkan di atas kain. Lipat kain seperti gambar di atas, iaitu bahagian kaki kain dilipat ke atas mengikut lebar seluar. Tandakan ukuran di atas kain secara melintang. Ini bagi ukuran panjang seluar yang lebih pendek dari lebar kain. Jika seluar lebih panjang dari lebar kain, perlulah menanda ukuran pada panjang kain (secara menegak)


















3. Pastikan bahagian atas seluar dilebihkan sebanyak 3 inci bagi getah pinggang. Ukuran boleh dilebihkan atau dikurangkan bergantung pada lebar getah. Kaki seluar pula dilebihkan sebanyak 1 inci. Setelah dipotong, bahagian seluar akan kelihatan seperti di atas.



4. Buka lipatan seluar dan cantumkan kedua-dua kain pada bahagian cawat seperti yang bertanda kuning di dalam gambar di atas. Pastikan bahagian luar kain mengadap antara satu sama lain, iaitu jahit di bahagian dalam kain.

5. Setelah itu, bentangkan kain membentuk seluar dan cantumkan dari bahagian kaki seluar ke bahagian kaki sebelah lagi. Maaf, bagi step ini saya terlupa mengambil gambar. Setelah dicantumkan, anda akan mendapat sehelai seluar tanpa getah.

6. Lipat sebanyak 1.5 inci pada bahagian atas seluar (iaitu bahagian pinggang) dan jahit sekeliling. Tinggalkan 2-3 inci bahagian yang terbuka bagi memasukkan getah pinggang.

7. Ukur lilitan pinggang dan potonglah getah pinggang mengikut ukuran. Biasanya saya kurangkan 1.5 inci dari ukuran asal untuk jerutan getah dan basi cantuman getah nanti. Ukuran boleh dikurangkan mengikut keselesaan pada pinggang masing-masing. 













8. Masukkan getah ke dalam bahagian lipatan yang telah dijahit. Sambungkan hujung getah dan jahitkan bahagian lipatan yang terbuka tadi.



9. Kemaskan dan jahitkan bahagian getah supaya bercantum dengan kain. Ini bagi mengelakkan getah pinggang bergulung apabila dipakai dan dibasuh nanti. 


10. Semasa menjahit di bahagian tengah getah, tarik getah bersama kain supaya tegang dan kemas.



11. Akhir sekali lipat bahagian kaki seluar sebanyak 1 inci dan jahit sekeliling.



























12. 'Seluar pelikat' yang sudah siap! Corak dan warnanya cantik. Makin cantik bila sudah siap hehe.

Selamat mencuba!



14 comments:

  1. menarik2.. salam ziarah. salam perkenalan. cik azue dah link rakan ABDR dengan blog cik azue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cik azue. Salam kenal. Masih bertatih lagi ni. Mohon tunjuk ajar tau hehe.

      Delete
  2. Menarik! Aku mohon share kt wall aku yer

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan.Bestnyer...Kain pelekat boleh jadi seluar.Cantik le sis Hana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal sis! Alhamdulillah. warna kain pelikat ni mmg cantik, nampak kewanitaan sikit hehe.

      Delete
  4. slm kenal..bestnya if pandai menjahit sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah, camne boleh tak perasan komen ni. Maaf sgt2. Jom sis blaja jahit. Byk kelebihannya bila dh tahu menjahit ni. Seronok bila tgk hasilnya hehe

      Delete
  5. Salam pkenalan....pandainya sis jahit seluar sndr...saya pun baru nak bjinak2 mjahit sndr seluar nih.

    ReplyDelete
  6. Salam pkenalan....pandainya sis jahit seluar sndr...saya pun baru nak bjinak2 mjahit sndr seluar nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Saya pun masih baru jgk ni hehe. Jahit yang simple2 dulu utk gain confidence. Jom tajamkan skil jahit! :)

      Delete
  7. ERMMM MEMANG MULA2 KENA JAHIT PINGANG DULU KE?

    ReplyDelete
  8. salam, terima kasih panduan menjahit.

    ReplyDelete
  9. Tengok mcm senang tapi bila kain dh gunting, nak jahit haru biru...kaki seluar jadi sebesar lengan baju. Saya byk kain pelikat yg dh koyak kat punggung, kain cantik lagi.cuba buka goggle cara jahit seluar tidur, nk tanya isteri malu...dia mmg tukang jahit.

    Akhirnya bungkus diam2 campak dlm tong sampah.

    ReplyDelete

 
Images by Freepik