Teks : Nik Nurul Hana binti Hanafi
Alhamdulillah. Setelah agak lama merangka dan berkira-kira, akhirnya saya mengambil keputusan untuk melangkah keluar dari zon selesa saya. Zon selesa yang saya maksudkan ialah rutin harian saya iaitu keluar bekerja pagi dan pulang petang dan menunggu gaji pada hujung bulan. Hampir 5 tahun bekerja di sektor swasta, saya seakan sudah sebati dengan tekanan dan cabaran tugasan kerja sebagai seorang arkitek. Alhamdulillah dari pengalaman terdahulu, kini saya sudah boleh mengawal tekanan dan masih boleh tersenyum dan bergurau senda dengan rakan pejabat mahupun dengan ahli keluarga setelah pulang ke rumah. Saya sudah jarang stres dengan kerja pejabat kerana berjaya mengawalnya dengan cara tersendiri. Saya mengambil langkah take it easy. Namun tanpa tekanan saya jadi selesa sehingga kadangkala melupakan seketika impian yang telah dirancang suatu ketika dulu.

Dan hari ini, dengan izin-Nya, saya akan mula berkarya dan berkongsi input berkaitan bidang yang saya minati dan kebolehan yang Allah kurniakan kepada saya. Bukan mudah untuk melakukan perkara yang belum pernah dilakukan. Apatah lagi jika terdapat halangan dan cabaran di tengah jalan. Sudah pasti jiwa yang ragu-ragu dan goyah akan patah. Saya berharap saya akan kuat semangat. Harap-harap quote di bawah ni dapat jadi perangsang :
a journey of a thousand miles begins with a single step
Nampaknya saya perlu cari jalan untuk mengawal cabaran baru ini. Doakan saya kuat, konsisten dan istiqamah!
No comments:
Post a Comment