Teks : Nik Nurul Hana binti Hanafi
(Gambar dari Google)
Tengok tajuk macam gempak je kan? hehe. Saya nak kongsikan tips bagaimana saya berjaya turunkan berat sebanyak 7 kg pada bulan puasa yang lepas. 7 kg sahaja, taklah turun banyak seperti orang lain. Tapi bagi saya yang memang susah untuk turunkan hatta 1 kg pun, 7 kg adalah sangat banyak. Sepanjang Ramadhan lepas, saya tak senaman berat, cuma buat 'plank' saja sekali sekala bila rajin hehe.
Tipsnya mudah saja, iaitu saya cuma makan sewaktu berbuka dan sahur sahaja. Mudah kan? Faham ke faham? hehe. Ini bermakna, tiada moreh, tiada kuih-muih, tiada colek (popular sgt di Kelantan), tiada lepak minum sampai pagi. Dari waktu berbuka hingga saya tidur, saya banyakkan minum air masak. Bergelas-gelas! Bila dah minum air masak banyak-banyak, memang kita rasa kenyang dan kurang selera dah nak makan kuih yang manis-manis tu.
Makanan manis adalah punca berat tak turun (sebaliknya berat naik) secara kita tak sedar. Jika teringin sangat kuih-muih yang sedap tu (sedap di mulut sahaja, bahaya di perut hehe), saya cuma makan sebiji dua untuk hilangkan rasa kempunan. Selain itu, jika mulut teringin yang manis-manis, saya makan kurma. Saya suka Bam dates yang lembut tu. Makanlah kurma berapa banyak sampai hilang 'sweet tooth' kamu itu. Di sini disiplin sangatlah penting. Perlu kuatkan diri dan hati, maklum sajalah bulan puasa di negara kita ni adakalanya seperti pesta makanan pula. Makanan yang tak dijual pada bulan lain, ada dijual pada bulan puasa. Istimewa sangat kan, membuatkan kita rasa rugi jika terlepas peluang untuk MAKAN. Teringat saudara kita di Syria. Mereka bukan saja tak mampu nak buka puasa sedap-sedap, nak sahur pun takde makanan. Allahu. Insaf.
Gambar : Seorang NGO mengagihkan makanan berbuka kepada rakyat Syria di Aleppo, 11 Jun 2016.
Sumber : http://www.huffingtonpost.com/